My Walks of Life

the sky does not always blue..so does the life..

MACAM-MACAM ADA

Sejak projek saringan penglihatan pra sekolah bermula, terlalu sedikit masa yang ada untuk diluangkan dengan internet.Sekadar sempat menjengah email sahaja...Jadi, di kesempatan cuti Tahun Baru Cina ni, aku cuba untuk membuat rumusan perkara yang dah berlalu sepanjang bulan Februari.

14 Februari

Hari Lahir adik perempuan bongsuku-Farah Alwani yang ke 27tahun. Kami buat sedikit majlis untuknya.Tak sempat nak buat kek birthday untuk Farah.Jadi, aku beli saja di Deli Classic Cakehouse- Cake Vanilla Blueberry.Kali ni, aku belikan dia gelang tangan hematit berwarna ungu.



15 Februari

Semasa program usrah minggu ni, aku selitkan acara masak pizza dengan adik2 usrah.jadi tak lah boring mendengar tazkirah.so, after tilawah dah tazkirah, kami break untuk menguli doh dan membuat sos & layer topping.bila tengah tunggu dough mengembang 1jam, kami sambung balik dengan pengisian ke2.then baru tutup majlis dan membakar pizza:)Kami buat mini pizza, sebab nakkan kepelbagaian toppings.Kesemuanya dapat 8 mini pizza!

16 Februari

Aku cuba recepi dari Shima-Blueberry Cheesecake.Kiranya untuk makan masa ramai berkumpul esok hari.Output kali ke2 try buat cheesecake tentulah better.Ramai yang bagi 5 stars!!Tapi, tak sempat nak snap gambar...dah habis.Abang-abang semuanya balik bercuti sempena Tahun Baru Cina.Disebabkan ramai balik, kami buat family day di Teluk Batik Resort.Ada telematch games untuk kids, sambutan birthday party Farah (Dia beli kek chocolate macadamia dari Secret Recepe!)dan berenang sakan di laut!!Budak-budak memang enjoy.Abir yang memang gelap tone kulitnya dah semakin gelap tonanya:)



17 Februari

Petang, selepas check out Hotel, kami bawa anak saudara yang tak pernah sampai ke Taman Paya Bakau.Tapi, ramainya pengunjung sehinggakan semua monyet tak ada di sekitar taman tu.Ada 2 kemungkinan, sama ada mereka takut dengan kunjungan manusia yang luar biasa atau mereka sudah terlalu kenyang sebab ramai yang bagi mereka makan.

Para ibu dan bapa pula di sebelah malamnya, ke power bowl di kompleks mutiara armada, lumut.Seronok juga main bowling, walaupun group kami yang paling heboh pada malam tu.Sorak memang sakan,tapi performance pemainnya tak le seberapa!Yang bestnya, team Sarwady jadi juara mengalahkan team lain dengan 95 jatuhan pin.Hehe, first time main...kira orait la tu.

Selepas itu, di rumah Barbeque sudah menunggu kami.Abah bakar udang, ikan dll.Kenyangnya meratah ikan-ikan dengan air asam .Ditambah pula dengan tomyam, bihun dan kuih muih.air nya pula, air tebu!!Alhamdulillah.

Nampaknya, selama 4 hari, memang puas hati sungguh cuti.Esok, kerja menanti kembali...

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...