Cuti Thaipusam hari tu kami sekeluarga balik kampung 4D3N.Sejak berpindah ke KL ni..kalau balik kampung tu, kiranya wajib balik ke 2 kampung : Kulim & Sitiawan. Baru la adil, kan?Kali ni juga adalah balik kampung kali pertama untuk Mumtaz. Tok Mashitah & Tok Wan Hassan belum jumpa Mumtaz lagi. Alhamdulillah, kami baru beli 3 car seat (brand Britax & Cosatto second hand car seat pada harga 70% less. kalau yang baru harganya above RM500.tak mampu la jawabnya), yang lebih besar, heavy duty, safety & selesa. kami tak pernah beli car seat sebelum ni, car seat dulu adalah pemberian dari Chik Ida untuk Abir. byk jasanya masa kids kecik.bukan sahaja untuk hantar baby ke nursery, tapi digunakan jugak masa meal time. Dulu car seat ni kami gunakan terbatas hanya untuk short distance journey aje. tapi, sejak back seat rider mandated for buckle-up seat bealt, Abang yang memang terkenal dengan suka gadget & safety (instrument engineer la katakan!) decided that the kids also kena on car seat for long distance ride. At first, rasa macam mustahil nak bagi kids duduk diam.dah la jauh destinasinya. Tengok-tengok ok la budak-budak ni! Penggunaan car seat ni sememangnya membuatkan anak-anak terpaksa behave dalam kereta. Duduk elok aje si Abir! Sampaikan masa di road-block, Tok Polis cakap "good" kat dia. Ya Allah, anak sulungku tu kan susah nak duduk diam seminit pun.bayangkan pulak 6 jam perjalanan nak sampai Kuala Nau, Kulim. Kami hanya berhenti 3 kali sahaja. selalunya, dua beradik tu, berguling kat seat belakang. sampai tak fokus ayahnye drive. Ntah berapa kali kena marah, sampaikan diberi kata dua " Duduk diam2, kalau tak abi berhenti kat tepi jalan?" alah, sekejap je duduk diamnye, lepas tu melompat lagi dalam kereta. So, kali ni balik kampung..suasana kereta aman sangat. Tapi, seperti biasa Ummi dah packed 3 bag barang-barang utk indoor games & activity utk kids. ada time-table lagi setiap satu aktiviti tu. Alaaa, macam jaga budak2 kat taska la lebih kurang. Time utk sleep, nyanyi, makan, teka-teki, lukis, baca & main. abir duduk depan sebelah driver, aufa sebelah ummi di belakang. Mumtaz for sure kat lap ummi.kalau letak car seat mumtaz, tak muat ruang nak breastfeed.Mula la cik Abang komen "hmm..jom tabung utk beli MPV". Ummi setuju aje.. :)
Ini la car seat yag second hand tu.still in good condition, harness & strap intact. Abir punya yang hitam, Aufa yang grey.
Ni la Pak & Mak Mertua saya. Pak mertua saya ni mesti carikan apa yang anak-menantu dia ngidamkan.Pantang sebut.Tak macam suami saya ..? Mak mertua saya pulak, gulai karinye..aduhai!sedap sangat kalah kedai mamak. Nak masaknya lebih 1 jam.Rahsianya?Air tangan ibu laaa. Hari tu dia masak gulai kari ikan haruan (menantu baru habis pantang le).Anak-anak kami pun suka!
Okay, ni dia all must have gadget to make my kids stay busy at their seat :-
toys for kids, books & stationery : encyclopledia, logico piccolo, read easy, bacalah anakku, qiraati. Food & drink : a must !



6 comments:
Salam... wah..bagus2... org cam ni la yg Malaysia nak!!! Sebab kalau kat back seat ada 3 org atau kurang wajib pakai seat belt or car seat... tapi kalau lebih, ada pengecualian... kami dapat exemption tau!
10:27 AMKalu kak chor nak allow diorang bawa activity bag... alamat penuh ruang dlm kereta... masing2 ada kegemaran yg berbeza... almaklumlah! dah besar dan ada pendirian masing2. Yg boleh share yelah makanan dan minuman.
Keep it up!
wah not bad the car seat..so bila nak start selling online ni??
1:32 PMso mumtaz dok depan ngan uminyer ek?
kak chor, tu la untung anak ramai kan!tahun ni tambah lagi..insya Allah.hmm, kalau anak ramai kena beli RV.biar depa berguling2 pun takpe. janggut car tak jual RV eh?
4:10 PMfarah..,ntah jadi ke tak.abg wadi tgk buat research dulu suppliers, market etc.abir yg dok depan seblh abi dia.tu yg tak gamat kereta, jauh dr aufa.
Salam... bestnyer... kalau dapat pregnant tahun ni.... bukan senang oii!..
4:28 PMNak try CD tak?... boleh pos ke atas 2 keping... kalau rasa suka and sesuai baru la beli...
kak chor, usaha tangga kejayaan:) tapi sara asyik nempek je..mcmana?CD baru?wooah.boleh jugak test drive kat mumtaz.
11:55 AMwhoaaa tabik spring toinggg!!! ni kalau aunty ima ikut skali confirm dok diam jugak dlm keter..part ngunyah mmg penting...hehehee
2:50 AMain,selama ima dok kulim 3thn lamanya dulu tak tau pulak kampung wady kat sana..kalau tak mmg korang wajib singgah ok :p
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.