My Walks of Life

the sky does not always blue..so does the life..

Mama saya

Hari ini hari jadi mama saya yang ke 62 tahun!

Pagi-pagi lagi dah wish mama.Kalaulah saya ada sayap, mesti saya dah terbang ke Sitiawan mengucup dahinya:)

Habit saya, saya suka menatap wajah mama saya tanpa dia sedari. Tiba-tiba saja dia akan tanya saya "Kenapa nye?". Hmm..teringat sabda nabi "menatap wajah ibu adalah salah satu perkara yang diberi ganjaran pahala selain Quran dan Kaabah".

Bila la saya dapat tinggal dekat dengan mama balik eh?Dulu dapat juga 2 tahun tinggal ala-ala dekat, di Teluk Intan. Tiap minggu boleh jumpa mama abah. Mama pulak sanggup naik bas dari Sitiawan semata-mata nak buat physio dan glaucoma check-up kat Hospital Teluk Intan. Best, naik bas katanya. Tak payah suruh abah hantar.

Tiap-tiap hari saya berdoa moga rezeki kami sekeluarga dapat menetap di Sitiawan satu hari nanti termakbul.Aduih! tapi, org tua-tua kata "bila duduk dekat-dekat ni,busuk! kalau duduk jauh-jauh, wangi sentiasa". Lebih-lebih lagi saya ni amat berterus-terang orangnya.Kalau tak setuju dengan tindakan mereka, saya pasti tak simpan di hati. Entah kenapa, dan dari mana datang sikap ni. Tapi saya tak kisah, busuk pun busuk la. Yang penting saya dapat jumpa mereka selalu dan dapat attend kepada masalah mama dengan segera. Saya paling tak suka mengadu masalah di belakang..kerana bukan saje berdosa, malah tak menyelesaikan masalah pun. Jadi, mama suka suruh saya yang buka mulut bercakap dengan abah kalau mama nak suggest apa-apa yg abah tak favour. Saya no hal. Hmm..nak kata laser, ala-ala gitu juga ye.huhu. Cik abang kata saya ni problem solver dan initiative orangnya. Kalau sehari saya tak ada di rumah pegi program, dia bagai hilang arah tujuan satu hari. banyak kerja tertunggak!aduhaii...abang oi.

Mama,
Selamat Hari Lahir! Doa kami agar mama dikurniakan kesihatan dan iman yang kukuh. MOga mama sentiasa bahagia. Amiin.

Next week kami balik kampung, boleh celebrate okay. Hadiah dah beli ni.Tapi, biarlah rahsia.

We love you...

8 comments:

Unknown said...

cepat2lah buka klinik ke apa ke kat setiawan...:)

7:58 AM  
`Ain said...

tgh kumpul modal ni.mai la pinjam 150 ribu?

9:44 AM  
Unknown said...

apo? 150 ribu? 150 rial ok lagi...:)

11:04 PM  
Mommy said...

Anniversary kami sama dgn besday Mama... dia yg pilih tarikh tu!... Nanti Jumaat kita jumpa Mama ok!.. Hadiah tak beli lagi pon!... tapi kami stay dari Malam Sabtu ke Rabu pagi!! InsyaAllah... ok!

9:13 AM  
`Ain said...

ha ah la...mane kek anniversary nye...?nanti k yang buat cheese cake nak?

1:47 PM  
Mommy said...

Kat umah ada philadelphia cream cheese 3 box.... boleh guna! tq tq tq... best2...

9:55 AM  
`Ain said...

ok balik ptg no boleh gi amik, semlm pi bagus abis lg cheeese dia:) huhu

11:10 AM  
ima said...

Ain, sampaikan salam pada mama ain ni,ntah ingat ke lagi kat ima. btw,entry canni tingat plak mak kat bt gajah..

3:24 AM  

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...