Syukur alhamdulillah, akhirnya tiba juga hari konvokesyen Sarjana saya. Inilah saat-saat yang amat berharga buat saya dan kawan-kawan. Hanya 5 orang sahaja dari Jabatan Optometri yang berjaya konvo tahun ini. Pada hari ini jualah yang ditunggu-tunggu setelah selama 3 tahun saya memerah buah fikiran dan membanting tenaga di dalam projek Sarjana. Suka pahit duka. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh ini, berpindah ke Kuala Lumpur, sempat menimang anak ke-3 dan juga turut kehilangan maid di saat-saat sedang menunggu kelahiran dan menyerahkan thesis untuk pemeriksaan. Alhamdulillah, semuanya saya telah lalui dengan sabar dan tabah.
Tegar rasanya..saya belajar menjadi tegar terutamanya bagaimana menghadapi kehendak jawatankuasa etika perubatan yang rumit bagi mendapatkan kelulusan subjek, berusaha kesana sini ke pejabat adun2 untuk mengumpul dana bagi pembiayaan kos projek. Saya menjadi seorang yang suka termenung, apabila teringat-ingat sintesis ratusan artikel jurnal kajian-kajian terdahulu : 214 buah jurnal semuanya. Sesak dada juga semasa menjalankan pemeriksaan mata ke atas 775 org kanak-kanak prasekolah serta mengendalikan klinik intervensi optometri. Sesudah itu, terpaksa pula menjalankan analisis dan mengkritis data yang terbahagi kepada 4 peringkat : multivariate analysis, binary logistic regression, phi cefficient etc. Saya kerap berkejar-kejar ke CRC untuk menemui pakar statistik beberapa kali, pernah juga bermalam di dalam kereta semasa hendak mengikuti seminar SPSS di Bangi. Tahap yang amat-amat parah, di saat saya menggagahkan diri untuk bersabar menghadapi` thesis write-up rejection` yang berkali-kali dari Supervisor. Tahu-tahulah saya ini amat lemah di dalam mengatur ayat-ayat. Lebih-lebih lagi jika mengarang di dalam Bahasa Melayu. Ayat saya seperti berbalik-balik, perasan tak? (utk makluman, dulu-dulu pencapaian English saya A1 berbanding A2 Bahasa Melayu, semasa PMR dan SPM) Bukanlah ini bermakna saya pandai English, kerana penulisan English saya juga tidak se`power` mana. Saya memang tak pandai menulis sebenarnya. Aduhai! Lega akhirnya dapat juga menulis thesis yang baru 120 muka surat. Penghujungnya pula saya dicabar dengan sesi viva yang diasak-asak dengan killing questions yang bertalu-talu oleh 5 orang panel proffessor universiti. Tidak cukup dengan ujian itu, saya sekali lagi dicabar untuk menghantar final submission dalam masa 5 hari sahaja selepas viva jika hendak konvo pada tahun ini!
Kesimpulannya, pengajian sarjana saya memang menyesakkan dada. Apabila telah selesai semuanya, saya mensyukuri sokongan yang saya ada, kurniaan Allah SWT. Suami saya sanggup resign kerja dan cari kerja baru di KL semata-mata untuk saya mudah ke Universiti saban hari. Saya juga terpaksa meninggalkan mama di Sitiawan setelah cukup selesa tinggal berdekatan. Kejayaan saya ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa pengorbanan mereka...keluarga tersayang, mama dan abah serta suami dan anak-anak tercinta. Terima kasih..
p/s : sempat buat cuppies utk konvo..



7 comments:
tahniah kak...wah sungguh berbaloi..cabaran akak sgt byk
3:44 PMlg hebat ada cuppies..sempat gak tuh...
Sian kan konvo girl buat cuppies sendiri.... apa punya kakak ipar daaa... tak belanja pun..!! sorry eh... kalut kursus dan bebudak tak sihat.... lupa la pulak.... anyway teruskan berjuang hingga ke topi leper!!! we'll always pray for your success!!
9:33 AMSalam ain, tahniah!! at last.. wadee pun nampak senyum lebar... Phd buat kat oversea la.. luas pandangan dan pengalaman :). Semoga dipermudahkan semua urusan..
11:59 AMCongrats Ain!...wah dah berjaya ye..bestnya tgk org berjaya ni.saya ni dah malas dah nak sambung study..sekadar berpuas ati mana yg ada je hehehe
4:30 PMeh sorry la yer..sessi kita aritu tertangguh.client saya aritu pun terpaksa postpone pas raya.Ingat nak gak shoot ptg tu tapi..kul 4 dah ujan lebat lak.
ok next time lah yer..
terima kasih semua.ikut angan2 mmg nak buat PhD, tapi tak dtg seru lagi.., best timing kalau nak buat PhD is within this 2 years, bajet grad sblm abir darjah 6.
8:26 PMyuzie,
frust le tak jadi.anyway, ada rezeki lain kali set lagi eh
kak cho,
kalo buat sendiri adventurous sikit lagi2 ada si kecik mumtaz ngacau
kak anis,
jom la kita berdua family buat PhD kat cardiff sama dgn along nak??
adik ipar nak wat cuppies tgh pantang pulak hehe :p
12:27 PMsalam dude..congarts..at last your hard word, determination and sacrifices are paid off..I am proud of you..as a proof that being a multi tasking women (wife, mum, daughter, worker is not a burden)..Do pray for me too
3:55 PMPost a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.