Ini adalah ramadhan pertama saya memandu kereta pergi & pulang kerja di kota metropolitan Kuala Lumpur. Minggu pertama puasa, cik abang yang menghantar dan menjemput. Trafik lancar sebab cuti sekolah. Bahagianya.
Minggu ini? Masha Allah! Trafik amat sesak, sejauh 5 km, hinggakan tempoh biasa 20 minit meleret hingga 1 jam lebih untuk sampai ke rumah. Berbeza dgn tahun lepas, saya tak terikat dengan jadual 8pg-5ptg, jadi tepat pukul 3ptg saya sudah meninggalkan kampus. Saya ni sejak di JB lagi, sebenarnya telah biasa dengan trafik jammed. Berbuka puasa di dalam kereta seperti sudah lumrah semasa di JB dulu. Disebabkan saya ni ber`blood pressure low' orangnya, saya prone untuk tido ketika memandu!Iya..betul.Jika kereta tak bergerak, memang confirm saya tido.Tak sedar bila mata terlelap.tahu-tahu, kereta belakang dah hon sebab saya tak mengesot kereta ke depan.hahaha.Kelakar kelakar juga kekadang, tetapi amat merbahaya sebenarnya lebih-lebih lagi sekarang memandu kereta auto. Saya akan pastikan gear auto dilekuk `P' jika trafik langsung bergerak.pernah sekali kereta meluncur ke depan jika saya hanya menekan pedal brake.Bahaya sangat, berderau jantung bila terjaga! Alhamdulillah, setiap kali berlaku insiden nyaris-nyaris sebegitu, saya mengucap panjang. Allah, lindungilah hambaMu ini.
Banyak petua yg org bagi pada saya untuk hilang mengantuk semasa drive, pasang radio kuat2 la, pasang ayat2 quran, nyanyi kuat2, buka tingkap dan makan-makan (bulan puasa, tak boleh la eh) tapi saya pernah terlelap walaupun sedang mengunyah chewing gum, ya! Akhirnya setelah semua petua dicuba dan tak berapa mujarab..saya temui satu cara yg paling berkesan untuk saya - pakai earphone dan buat panggilan telefon ke kawan2 dan sanak saudara. Jadi, bulan Ramadhan ni, tak adalah jimat bajet lunch- nampaknya diganti dengan bil telefon yang mengganda2 pastinya. Kelmarin saya berbual2dengan 5 org kawan2 ex-ukm, semalam juga begitu dina, salwa, salha dan waheeda, hari ini juga 4 orang. yang confirm saya call ialah mama dan kak cho! nasib saya baik jika mereka pun free utk berbual, jika tidak..hmm mengantuk balik la saya! aduih!
Abir semakin mengering susuk badannya. Tahun ni kekuatan dia menahan lapar dahaga makin bagus. Dah tahu segan dengan kawan-kawan. Bila dia lapar dia akan tanya berkali2 bila nak azan maghrib. bila tiba waktu berbuka, dia makan 2 pinggan nasi pun boleh.ayahnya akan menasihati, bertuah kita walaupun siang lapar, bila malam boleh makan.cuba abir tengok org miskin, dia puasa tak henti2, malam pun puasa..tak sahur pulak tu.abir pun menokok cerita itu dan ini , suruh org miskin tinggal dengan kita aje kan ummi, katanya.
aufa pula boleh juga menahan lapar sehingga pukul 4 petang. kami buat2 lupa bila waktu lunch tiba, tidak mempelawa dia makan sehingga tiba-tiba dia menjerit "perut aufa sakit!" barulah saya menghidangkan makanan untuk dia.
mumtaz.., eh dia da tumbuh gigi 2 batang bawah.belum sepenuhnya erupts.tapi, dah boleh dilihat putih2 bersinar. kalau merangkak, punya la laju sekarang ni. pandai juga melawak dengan abang dan kakaknya.sesekali dia melenggok2kan lehernya ke sisi bila dipanggil2 namanya. kalau nampak aje bekas makanannya, melonjak2 dia ..excited.dah habis sebekas, nak lagi disuap apa-apa.
Ramadhan kali ini, abah tak berapa sihat pada minggu pertama. sakit kepala dan tak bermaya. memandang wajah usai abah..rasa syahdu pun ada. dah tua sebenarnya abah ku itu. bila bercakap dengannya dalam telefon hari tu, buat kesekian kalinya abah mengadu tentang sakitnya. jarang-jarang dia mengadu mama tiada di rumah, sibuk menghadiri pelbagai majlis dan program NGO, tadarus, berbuka puasa, ta`lim dan lain-lain. Mama pula, sejak akhir-akhir ni selalu sangat kebas dan cramp kaki. Dah duduk berjauhan ni, setakat boleh memberi nasihat dan menunjukkan rasa ambil berat aje.tapi, jauh di sudut hati..risau sangat2. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan dan perlindungan kepada ibubapaku yang telah banyak berkorban untukku, amiin. Hanya doa dan harapan dapat dititipkan setiap kali teringat pada mereka.
Alahai..rasa sedih pula saya..