Syukur alhamdulillah..Salam Aidilfitri!
cepat sungguh masa berlalu, eh. Sedar-sedar Syawal mengunjung lagi menggantikan Ramadhan. Aduhai Ramadhanku tahun ini, entah berapa lah nilai nya di sisi Mu Ya Rabb. Perkataan Aidilfitri lebih membawa makna kepada umat Islam yang benar-benar bersungguh menjalani Ramadhan., berbanding perkataan Hari Raya.
Sedihnya, saya tak merasa nikmat aidilfitri itu pada tahun ini.., sebabnya jelas saya kurang kesungguhan.., tak terkejar masa di antara kerja-kerja rumah dan ibadah khusus. Qiam tak kerap, tilawah tak sampai separuh Quran! berbeza dengan tahun-tahun lepas, kerja-kerja rumah disettlekan oleh maid. makanya, tahun ini saya rasa aidilfitri saya biasa-biasa sahaja.lebih-lebih lagi bila menyambut raya bukan di rumah ibubapa sendiri ye gitu?
Giliran raya tahun ini adalah di rumah keluarga suami. Seperti tahun-tahun sebelumnya, cara sambutannya tidak seperti di Perak .Mestilah kan, mana nak sama. Inilah dikatakan perkahwinan, kita belajar pandai menyesuaikan diri dengan gaya hidup keluarga pasangan. Di awal perkahwinan dulu, agak janggal..tetapi sekarang alah bisa, tegal biasa.
Suasananya berbeza sedikit.sekali lagi, saya rasa sedih juga kerana tidak dapat ke masjid untuk solat aidilfitri seperti tahun-tahun lepas.maid takde lagi..alasannya. Apapun, kami anak beranak tetap bergaya dengan warna oren sedondon. selepas kaum bapa pulang dari solat, kami bersalaman dan berfotografi. Saya masak rendang tok negeri perak tahun ini. habis semuanya 2 setengah kilo daging dimakan bersama ketupat palas. sempat juga buat lemon cupcakes juga. Ikutkan hati macam nak buat, tapi tak jadi lepas teringat kata-kata Kak Pah tempoh hari.
InsyaAllah,..Ramadhan tahun hadapan saya berazam untuk menebus kekalahan saya pada tahun ini.Jika masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan.Amiin.
Raya sebulan ke? Rumah kami sentiasa terbuka untuk kunjungan para sahabat. beri saja sms awal, boleh saya masak apa-apa special ok. Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin



2 comments:
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin utk wadi sekeluarga....
7:31 PMselamat hari raya idilfitri gak.mai dtg beraya umah..
12:26 PMPost a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.