Ni la basikal kami...
Menyedari yang kami suami isteri masing-masing dah put on weight dan dah ada spare tyre di perut, abang pun beli la sepasang basikal. Kononnya, kalau nak jogging..jemu sebab tak larat nak pi jauh2.segan lak kat jiran-jiran.Tapi kalau berbasikal ni, tak segan dan boleh pi jauuuh.
Contohnya masa nak pegi beli basikal tu, kami minta Farah hantar kami ke kedai basikal dengan kereta. Sampai je, abang pilih 2 basikal & bayar. Kalau ikutkan hati, nak beli tanderm-bicycle(basikal kembar tu).Senang la aku kat belakang abang.kalau letih tak payah kayuh...abang je kayuh.Tapi, mahal sgt.RM800+. So, sejurus lepas tu, tanpa warm-up dan berbekalkan pengalaman berbasikal yang dah lapuk lebih 15 tahun dulu, kami pun dengan semangat berbasikal berdua-duaan dari Kedai basikal Nadina, Seri Manjung ke rumah di Pasir Panjang sejauh 5km. Orang toleh2 kat kami, ingat couple mana ni? Wuiih, letih yang amat kaki!Separuh jalan, rasa nak give up.Rasa nak telefon je adik aku suruh jemput dengan kereta.Tapi abang kuatkan semangat aku.Lenguhnya... tak payah nak cerita.Sampai je rumah, setelah berkayuh selama 30 mint, kaki lemah semacam masa pijak tanah.Haa..tak percaya?Percaya lah..
Tapi, sejak beli basikal ari Sabtu tu, sampai sekarang aku tak berbasikal lagi pun.Takde masa.Agak2nya akan jadi aktiviti mingguan la kot.Abah pulak yang dok berbasikal dengan abang selang sehari.
Abang kata "Ha...jangan jadi tukun sudah gerek tu"dlm loghat Kedah nye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
ni apesal hangat2 tahi ayam ni? ehehe
2:00 PMpun on weight ker?? rasanya dah cukup slim..kalau man bukan kene naik basikal kot, kene pusing keliling taman everyday ehehe
betul kami dah tembam.perut la.abg wady pun sekarang dah buncit!hee..:P
2:41 PMtu la sekarang, nak kurangkan hobi memasak kek & pastri.tapi, mak akak ni...selalu appetizer aje.selang sehari mesti ada.
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.