Ini untuk mama yang dicintai...
Kembang kempis hidung kami apabila mama dianugerahkan tokoh Ibu 2007 sempena hari Ibu oleh Womens Institution (W.I) Daerah Manjung.Mama pun tak la sangka. Mama dah jadi setiausaha NGO tersebut sejak 30 tahun lepas.Wah...
So, semalam kami pun buat la majlis suka2 utk mama. Ala-ala sesi fotografi gitu sambil makan kek. Mamaku memang tabah orangnya. Kalau aku ditempatnya, memang tak mampu menempuh hidup ini. Di samping melayan keletah suami dan anak-anak yang nakal (terutama aku..yang diperakui kuat menangis semasa kecil...), mama terus giat aktif di dalam NGO dan badan politik. Semuanya 9 NGO. Sebut aje, NGO apa, semua mama join. Bukan sekadar ahli biasa lak tu. Walaupun gitu, mama juga beberapa kali dapat anugerah Guru Cemerlang dan dilantik sebagai Guru Pakar Bahasa Melayu.
So, walaupun anak-anak mama yang 4 kerat ini tidaklah sepandai mana, tapi kami masing-masing berkat daripada asuhan dan didikan mama, kami berjaya di dalam karier masing2.Jika tiada mama membesarkan kami, entah apa lah jadinya kami ni....
Kami sayang mama:)Ya Allah, Engkau Janjikanlah Syurga bagi nya.Amiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



2 comments:
tahniahhh dr kami sekeluarga
1:49 PMterima kasih,semoga kita menjadi ibu yang mithali..amin!
3:55 PMPost a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.